Jumaat, 17 Oktober 2008

Raja-Raja Melayu

Patuh titah raja - Reaksi pelbagai pihak terhadap peringatan khas raja-raja Melayu

"Saya percaya rakyat Malaysia berterima kasih dengan peringatan yang dibuat oleh raja-raja Melayu kerana ia mencerminkan bahawa yang sedang kita pertahankan adalah institusi raja-raja sebagai lambang perpaduan di negara ini".

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.


"Kita perlu sedar bahawa keistimewaan orang Melayu melalui kuasa raja-raja Melayu perlu kita pertahankan habis-habisan selagi orang Melayu wujud dan bertapak di negara ini".

Salehuddin Saidin,
Peguam.


"MCA menghormati nasihat Majlis Raja-Raja supaya semua pihak termasuk pemimpin politik tidak menyentuh isu kontrak sosial yang tertakluk di bawah Perlembagaan negara".

Datuk Seri Ong Ka Chuan,
Setiausaha Agung MCA.


"Di pihak raja-raja Melayu, menjadi tugas dan amanah seperti dalam lafaz sumpah mereka ketika ditabalkan iaitu melindungi agama Islam, orang Melayu dan Perlembagaan".

Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia.


sumber: Utusan Malaysia 18.10.2008 Sabtu

Tiada ulasan: